Wednesday, 5 October 2016

REKA BENTUK VISUAL



Visual ialah alat yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran penggunaan visual adalah berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu dijalankan dengan lebih berkesan. Menurut Muhamad Hasan A.Rahman (2000), bedasarkan pyramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan yang terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran.Ini menunjukkan bahawa bantuan visual dalam proses pembelajaran adalah amat berkesan.



KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL



Mudah, jelas dibaca dan difahami.
Sesuatu mesej dapat ditafsir dan disampaikan dengan lebih efektif.·
Mampu menarik perhatiaan agar sesuatu proses itu menjadi menarik dan tidak membosankan.
Meningkatkan komunikasi dalam pembelajaran.

No comments:

Post a Comment