Wednesday, 5 October 2016

ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK VISUAL


Elemen bermaksud bahan- bahan utama yang digunakan untuk membentuk sesuatu kompesisisi. Antara elemen utama yang membentuk reka bentuk adalah :
  • Ruang 
  • Garisan
  • Permukaan
  • Bentuk 2 dimensi
  • Bentuk 3 dimensi
RUANG
Merupakan satu keluasan yang terdapat pada sesuaatu visual. Tanpa ruang , sesuatu visual itu tidak dapat dihasilakan. Ruang boleh dibhagikan kepaada dua iaitu ruang positif dan ruang negatif.
Ruang positif   - ruang yang digunakan
Ruang negatif  - ruang yang kosong



GARISAN
  • ·         Merupakan elemen yang paling ringkas  dan boleh didapati dalam bentuk dua dan tiga demensi
  • ·         Garisan berfungsi sebagai petunjuk bagi sesuatu pergerakan, suasana dan objek.ianya juga digunakan sebagai penghubung antara satu elemen kepada elemen yang lain.

PERMUKAAN

  • ·         Warna dan tektur merupakan elemen paling penting dalam membentuk sesuatu permukaan.
  • ·         Permukaan yang kasar dan licin akan memberi kesan kepada rupa garisan yang dibuat diatasnya.
  • ·         Dalam membentuk satu permukaan yang menarik kesemua elemen yang terdiri daripada garis warna dan tektur perlu di seimbangkan bagi membentuk satu kesan terhadap permukaan yang ingin dihasilkan.

BENTUK 2 DIMENSI
  • Terdiri daripada bentuk geometri, bentuk abstrak dan bentuk gambaran.

BENTUK 3 DIMENSI
  • Terdiri kepada 2 jenis iaitu :

1. Bentuk 3 dimensi benar.
-Adalah bahan sebenar yang terdiri daripada dimensi panjang, lebar dan tinggi.

2. Bentuk 3 dimensi tiruan.
-berbentuk 2 dimensi seolah- olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi.


No comments:

Post a Comment