Wednesday, 5 October 2016

TIPS REKA BENTUK VISUAL YANG MENARIK

Terdapat pelbagai tujuan reka bentuk dihasilkan antaranya untuk tujuan komersil. Maka, sesuatu reka bentuk itu mestilah memiliki ciri-ciri yang dapat menarik perhatian orang ramai disamping dapat menyampaikan mesej dengan lebih jelas, berkesan dan mudah difahami. Ianya juga haruslah menzahirkan ciri-ciri reka bentuk yang ingin ditonjolkan. Oleh itu, di sini terdapat beberapa tips bagi menghasilkan sesuatu reka bentuk yang menarik :


1. Elakkan terlalu banyak maklumat dalam sesuatu reka bentuk.





2. Sebolehnya pastikan reka bentuk yang dihasilkan menggunakan nisbah yang bentuk.
Contohnya, seimbangkan jumlah perkataan yang sesuai bagi "header" dan "teks".











3. Pastikan kedudukan, jenis, warna dan saiz teks bersesuaian dengan tajuk dan senang untuk difahami.





4. Elakkan menggunakan imej atau ilustrasi yang keterlaluan kerana ia melambangkan reka bentuk yang dipersembahkan dengan lebih jelas.



KESILAPAN DALAM REKA BENTUK VISUAL


Pelbagai kesilapan dilakukan dalam menghasilkan reka bentuk visual yang berkesan dan menarik. Kesan nya dapat dilihat apabila sesuatu reka bentuk itu kurang mendapat perhatian mahupun sambutan dari orang ramai. Akibat nya mesej yang hendak disalurkan tidak dapat difahami dan kurang jelas maksudnya. Di sini terdapat beberapa kesilapan dan kesalahan yang sering dilakukan dalam proses menghasilkan reka bentuk. Antaranya :


1. Terlalu banyak maklumat dan isi di dalam suatu reka bentuk.

2. Reka bentuk yang dihasilkan tidak menggunakan nisbah yang betul.

3. Reka bentuk tidak mewakili tajuk.

4. Tidak menggunakan warna dan saiz teks yang bersesuaian.

5. Imej dan ilustrasi tidak jelas dan tidak dapat difahami.

CIRI-CIRI REKA BENTUK VISUAL YANG MENARIK


1. Mudah, jelas dibaca dan difahami

2. Mesej dapat ditafsir dengan berkesan

3. Interaksi aktif di antara pelajar, guru dan makud yang terdapat dalam visual

4. Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

ELEMEN DAN PRINSIP REKA BENTUK VISUAL


Elemen bermaksud bahan- bahan utama yang digunakan untuk membentuk sesuatu kompesisisi. Antara elemen utama yang membentuk reka bentuk adalah :
  • Ruang 
  • Garisan
  • Permukaan
  • Bentuk 2 dimensi
  • Bentuk 3 dimensi
RUANG
Merupakan satu keluasan yang terdapat pada sesuaatu visual. Tanpa ruang , sesuatu visual itu tidak dapat dihasilakan. Ruang boleh dibhagikan kepaada dua iaitu ruang positif dan ruang negatif.
Ruang positif   - ruang yang digunakan
Ruang negatif  - ruang yang kosong



GARISAN
  • ·         Merupakan elemen yang paling ringkas  dan boleh didapati dalam bentuk dua dan tiga demensi
  • ·         Garisan berfungsi sebagai petunjuk bagi sesuatu pergerakan, suasana dan objek.ianya juga digunakan sebagai penghubung antara satu elemen kepada elemen yang lain.

PERMUKAAN

  • ·         Warna dan tektur merupakan elemen paling penting dalam membentuk sesuatu permukaan.
  • ·         Permukaan yang kasar dan licin akan memberi kesan kepada rupa garisan yang dibuat diatasnya.
  • ·         Dalam membentuk satu permukaan yang menarik kesemua elemen yang terdiri daripada garis warna dan tektur perlu di seimbangkan bagi membentuk satu kesan terhadap permukaan yang ingin dihasilkan.

BENTUK 2 DIMENSI
  • Terdiri daripada bentuk geometri, bentuk abstrak dan bentuk gambaran.

BENTUK 3 DIMENSI
  • Terdiri kepada 2 jenis iaitu :

1. Bentuk 3 dimensi benar.
-Adalah bahan sebenar yang terdiri daripada dimensi panjang, lebar dan tinggi.

2. Bentuk 3 dimensi tiruan.
-berbentuk 2 dimensi seolah- olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi.


REKA BENTUK VISUAL



Visual ialah alat yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran penggunaan visual adalah berbentuk paparan interaktif. Visual membolehkan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu dijalankan dengan lebih berkesan. Menurut Muhamad Hasan A.Rahman (2000), bedasarkan pyramid kadar pemerolehan pengetahuan menunjukkan penglihatan mencatatkan peratusan yang terbesar iaitu 83% berbanding rasa, sentuhan, bau dan pendengaran.Ini menunjukkan bahawa bantuan visual dalam proses pembelajaran adalah amat berkesan.



KEPENTINGAN REKA BENTUK VISUAL



Mudah, jelas dibaca dan difahami.
Sesuatu mesej dapat ditafsir dan disampaikan dengan lebih efektif.·
Mampu menarik perhatiaan agar sesuatu proses itu menjadi menarik dan tidak membosankan.
Meningkatkan komunikasi dalam pembelajaran.